Friday, December 25, 2009

juri diri


di hujung mendung anak mataku teralih serong,
mengerling sipolan mengatur omong,
membina terowong pelindung si pembohong,
ku susun kata-kata singgung di lorong kerongkong.


tercetak sinis senyumku mengerling si mulut manis,
tutur romantis menutup alis,
menggadai hadis demi merangkul gadis,
namun kesudahan pasti tertulis tragis.


pasti ku tunduk tika si bongkak mula berkokok,
arif tentang setiap habuk di segenap ceruk,
dia lah murai dia lah merbok,
sia-sia lah pahat tanpa pengetuk.


bukan ruang benci cuba ku intai,
bukan benih hasad cuba ku semai,
bukan susuk dengki cuba ku belai,
ku hanya cuba meletak nilai.

Saturday, November 14, 2009

rintih pedih




ku jilat sisa ludah yg sedia kotor,
ku gilap kanta persahabatan yang kian kabur,
yakin subur tanah kubur disiram digembur,
bahtera agung layaran emas ku biar melebur,


menongkat mata celik menahan bandul detik,
berlabuh di akal cetek bersidang di hati jelik,
ternyata semalam aku tuli akan jerit pekik,
ku sedar kini beza antara mutiara dan manik,


bergenang air di takungan empangan mata,
bergelodak air di aliran muara jiwa,
meredah jeram jampi menyelam lubuk mantera,
mematah sayap sepi memisah sendi sengsara,

Wednesday, November 4, 2009

ku utus kata putus



ke kanan ku buntu, ke utara ku kaku
ke hadapan ku layu, ke selatan ku sayu.
tidak terburu bukan melulu,
lenyap arahku tanpa dipandu,


timbunan bongkak meratap merangkak,
si bisu bersorak si lumpuh bergerak,
mengangguk tidak menggeleng pun tidak,
laksana meriam tanpa peledak.


pena simpati mencorak hati,
onak janji haluan diri,
hitam hati merayu kau pergi,
putih hati memaksa ku menyendiri,


biar si kucing bertanduk lentik,
ku tahu ini keputusan terbaik,
biar si cerdik lantang mengherdik,
aku bukan si akal pendek,






Saturday, October 31, 2009

kisah si rambut kembang & si tahi lalat manis


"eh, anak sapa yg rambut kembang muke bjambang jual burger tu?". itulah dialog yang sering terpacul dari mulut2 longkang di sebuah petempatan permai bernama Tekam Plantation Resort 7bulan lalu. Mungkin dr sudut pandangan mereka, si rambut kembang itu hanyalah salah seorg dr barisan panjang penggangur2 di Malaysia. Majoriti x menyangka si rambut kembang itu dari keluarga yg menetap di barisan rumah2 besar dihapan masjid. Fuck, x layak ke si rambut kembang berasal dr golongan itu? elit sgt ke golongan itu?. Mungkin tersalah kandang. Si rambut kembang tegar mempersetankan mereka. gi mati. Byk golongan sukar menerima kehadirannya. x mengapa, biarkan mereka, dia rela hidup begitu. Baginya, buat apa aku nk dok diam kt umah habiskan duit keluarga seperti anak2 golongan elit yg mahu menjaga reputasi kononnya. Si rambut kembang gigih berusaha di bantu bersama si tahi lalat manis. Si tahi lalat manis lah yg sentiasa meyakinkan si rambut kembang. Biar apa org kata, janji kita usaha, kita kaya. Mungkin idea utk menjual burger itu hanya gurauan pada mula. Si rambut kembang sering bermonolog " ada selera ke org nk bli burger aku dgn keadaan aku camni?" x apa, kite cuba, pujuk si tahi lalat manis. Mereka sedar mulut2 longkang sentiasa memerhati dan menanti saat utk bersuara. Mungkin mulut2 longkang ini keluarganya sempurna, anak2 cemerlang, dan dengki pada si rambut kembang sejak dari mula. dari mula berniaga, si rambut kembang dan si tahi lalat manis sentiasa gembira. tiap-tiap malam untung dikira, di bahagi dua. semakin hari semakin kaya. semakin kaya, semakin ramai yg dengki. mulut longkang mula bercerita. mula mempertikai. apa yang best sgt burger budak2 tu? kalo berani cuba la. mungkin ianya dimasak dengan hati yang ikhlas+harga yang super murah+resipi yang istimewa. burger si rambut kembang kini menjadi isu masalah disiplin di asrama sekolah menengah di kawasan tersebut. Si rambut kembang di tuduh menjadi penyeludup item2 haram ke dalam asrama. Fuck!. bukan si rambut kembang yg pegi menjaja kat asrama tu. bdak2 asrama tu yg semangat order burger. si rambut kembang x mungkin tolak rezeki. Warden asrama sumenya tipikal warden penjara malaysia. babi. Sejak itu, wujud undang2 budak2 asrama tu diharamkan tempah burger si rambut kembang. Tp, si rambut kembang ni x bangang. baginya, undang2 dibuat bukan utk diturut, tp utk dilanggar. Gi mati. Mulut2 longkang mula berperanan. Bercerita sana sini. babi. Penduduk2 di situ dah gila kan burger mereka. sejak pagi lagi tempahan sudah memenuhi inbox hp si rambut kembang. mmg susah nk bercuti.biarlah. selagi ada rezeki. layan je la. warden asrama dah mula fuck gile2 kat si rambut kembang. tp x pernah berani pon nak sound. haha. Si tahi lalat manis juga terasa. mereka berbincang. ada 2 cadangan. kumpul duit byk2 then g bercuti @ serahkan perniagaan kat org lain. si rambut kembang berkata, x payah la bg kt org lain, ni kite punya. kalo org lain nak, biar diorg buat sendiri. so, kite g bercuti jela. then, lupakan sume ni. ok. mereka berniaga. cukupkan bekalan kewangan. dah cukup duit. g belanja kawan2 ckit. then pergi bercuti di tioman. haha.

Friday, October 30, 2009

aku jahat?













jangan dengan hanya melihat,
engkau mengukur sifat kelibat,
tak perlu gah tak perlu hebat,
ku bukan syaitan bukan malaikat,


menganyam langkah aku berundur,
menatang kasih aku bertempur,
ibarat si buta aku mengatur,
jangan nasi menjadi bubur,


mendusta hati mendusta diri,
biarpun mati ku tak mampu lagi,
bukan niat menggadai janji,
sudah suratan kita begini,

the sukri's

yang tegas itu bapa, yang tenang itu ibu, yang cekal itu abang, yang rajin itu alang, yang manis itu gadis, yang bijak itu bongsu.


bapa,
sukar untuk meluah kata,
sukar untuk dibawa bicara,
sepatah katanya sejuta makna,
biar terluka, hebat merencana,
tak kira masa, tak kira ketika,
beliau ketua, tak pernah meminta,





ibu,
tak pernah kaku, sedia membantu,
tak pernah buntu, sentiasa memandu,
mengukir senyum ketika sayu,
takkan malu jadi tempat mengadu,
segalanya tahu, tak pernah tertipu,





abang,
tanggungjawab disandang,
bimbang menjadi lambang,
cekal meniti setiap ruang,
tabah melangkah di ambang peluang,
biar goyang biar malang, kasih sayang tetap dipegang,



alang,
ribuan contoh panduan menempuh,
biar ampuh tak pernah rapuh,
menjadi punca tenang berlabuh,
biar bulan diriba jatuh,
namun hati tak pernah angkuh.





gadis,
yang pahit ditelan manis,
bisa tersenyum tika menagis,
biar dibelenggu sindiran sinis,
dilupa hanya hati yang terguris.





bongsu,
rengekan sayu si semangat jitu,
tak perlu dipandu, semuanya sedia tahu,
apa yang perlu pasti didahulu,
biar malu biar dipalu.