Saturday, October 23, 2010

"abang... bg saya 'jujur' setengah kilo, bungkus ye......"

Kata jat "kejujuran sekarang boleh beli dekat pasar malam tot, dah murah dah". semacam dah xda nilai. kenapa? sebab ketidakjujuran ni adalah penyakit berjangkit. Kalau kau dtg dekat, berjangkit la, nak makan ubat dah tentu pahit. Bila dah sakit, semua jadi sulit, makin hari makin kau hidup membelit. Kalau kau dekat dgn org yg x jujur, dah tentu kau pon jadi x jujur sbb kau nk lindung ketidakjujuran mereka tu. Kalau-kalau salah petik, mereka mesti kata kau ni talam, musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan dan macam-macam lagi kata maki. Habis tu? kalau dah xde org jujur aku nak kawan dengan siapa? masuk gua? jadi ungka?. Hidup kita jadi terhad kalau sibuk nak jaga hati semua orang. Kalau berjumpa B x boleh sebut pasal A, kalau jumpe A, nak kena gelakkan si B. x ke babi?. x ke talam aku mcm ni? dah macam lalang, tapi aku rasa baik aku jadi lalang dari aku jadi kulat. Penat la hidup kene kepit ni. Ade jalan keluar, tp nnt sebahagian mesti tarik muka. Macam keluar ikut lubang jubur, dah keluar pon mesti lekat bau taik. Kau nak dekat dengan aku ke kalau aku bau taik?? xnak kan??. Kau nak jujur ke x tu bukan masalah aku.. tp kau buat la sorg2.. jgn nak tarik aku.. xpon, kau tinggal je aku.. buat2 xknal ke.. lupa terus pon xpe. Aku dah penat nak jaga hati org.. mcm sia2.. ape aku dpt? boleh ubah CGPA aku bg jd 1st class?? boleh langsaikan hutang ptptn aku?? x boleh la sial.

Thursday, October 14, 2010

SERIGALA BABIAN

ini bukan main kata. ini buat si bangsat celaka.

lidah cabang tiga mata serampang. mudah kau hancurkan apa yang dia tatang.
kaki bersilang mata hitung bintang. pasang telinga capang tagih puji orang.
bagi kau semua gampang sedia hidang. enam kau tendang hanya satu meradang.


susun kira tapak aniaya. mungkin puas pada raga tapi rosak pada jiwa.
gubah ketawa untuk iring si binasa. kurap kusta mulia dari kau punya dusta.
sampai masa tiada nyawa jangan sampai kami ketawa. kau hina bukan seketika.

Friday, August 13, 2010

sisa binasa


Ada cebis mulia di celahan selerakan binasa. Sila bina tembok diantara pelihara dan pulihara. Harta, pasti salah guna, Cinta, pasti salah cara. Jangan kau toleh dan tunding pada sang pemunya angkara kerna kupu-kupu yang punya sayap pasti enggan berjalan gaya sang beluncas. Bunga masih boleh mekar walau tanpa baja namun hati pasti mati tanpa cinta. Puliharalah sisa binasa, Ia bukan noktah segala. Mungkin ia petanda bagi pemula acara. Jasad tidak akan hina jika ada hati mulia, hari masih boleh ceria walau ada khabar derita. Mustahil ada bahagia tanpa sulam sengsara. Kau buru cahaya dari dalam ruang redup, namun kau enggan keluar dari gelap terowong hidup. Ingatlah, garis senyum manis dari wajah potret bukan milik si pelukis. Tika kau tepesong dari baris, sang pemerhati pasti tegar menyinis.

Tuesday, June 15, 2010

Abang Angka


kawan.. ya, kawan. biarpun kau hanya anggap aku bekas kawan. salam aku hulur. kau tepis sinis. salah cara katanya. haha..Kau jgn pernah lupa siapa diri kau. Kau boleh menyangkal tp kau jgn atasi akal. Siapa kau sekarang? Laksamana dari seberang? Kalau tanpa kulit, xkan jadi kacang... Mereka gelar kau abang.. abang apa? abg angka? angka berapa? tiga atau lima?.. hai.. darah hijau atau putih? cuba toreh kalau x pedih.. Ya, kau mmg besar, turun kereta ramai yang menggeletar.. di apit kiri di apit kanan.. siapa yang melintang semua kau tangan.. Tinggalkan semua kawan yg tiada kepentingan.. Kau kata hidup kau penuh rukun, mesti tertib mesti tekun, jabat tangan kucup ubun-ubun.. Tapi rukun wajib yg bertimbun kau x amal pon.. Hai kawan.. kau bicara juta-juta, usaha kau semua dari sengketa, apa saja semua kau halalkan cara, semua tiada guna jika dari hati hina... Ya, mmg kami tiada agenda.. Kau boleh persenda, kau sapa dengan nada jenaka, esok lusa bila nyawa tiada, siapa kau harap usung keranda? Hai kawan.. bukan kami niat melawan, hanya mahu kau jauhi sempadan dan dekati teladan, sebelum kau seberang jalan, kaji dulu apa menanti di tengah jalan... hai kawan, dada bidang bukan tempat tadah pedang, muka kacak bukan tempat asah kapak.. bangun lah.. belum terlambat utk kau cari kiblat..

Monday, June 7, 2010

Hidup..
Pusing putar degup gentar,
Kau layak impi sempurna tanpa pudar,
Kau mampu idam bahagia setia malar,
Hanya jika kau jauhi ingkar.

sejarah mengajar kita?


Setuju? Nanti dulu.. jangan mudah anggukkan kepala tanpa tanya. Ayuh, kita selam semula. Masih banyak sudut perlu diteroka. Sejarah apa? Ajar apa? Siapa kita?... ini bicara tentang sejarah yang paling hampir dengan kita yakni sejarah diri kita. Siapa pengatur cara? Tegakkan telunjuk, tunding dada sendiri... yang Maha Kuasa sememangnya penentu, tapi kita punya akal yang dikurniaNYA untuk bezakan hitam putih atau kelabu, jadi siapa yg memilih sejarah diri? Jangan alihkan telunjuk tadi.. Jelaslah kita yang memilih sejarah. Jadi sejarahkah yang mengajar kita? haha... Kita yang mengajar kita.

Sunday, June 6, 2010

kerinduan manusia

Bercakap mengenai kerinduan manusia kepada TAKHTA kebanyakannya menghumbankan kita kepada menjadi hamba kepada dunia sehingga kadang-kadang kita melibas kepada semua yang tertindas, kerana kita x pernah puas...

Kerinduan kita kepada HARTA membuatkan hati kita jadi buta, sampai kita lupa kepada hak yg empunya, sampai kita lupa kadang-kadang kita menganiaya...

Kerinduan kita sesama MANUSIA memerlukan pembalasan cinta sesama manusia yang telah disaksikan dari zaman adam yang penuh dengan sengsara, dan hingga ke hari ini bernoktahkan kecewa..

Jadi bagaimana kerinduan kita kini.. kepada siapa? dan carilah kerinduan kepada tempat yang benar.. Rindu lah kepada ALLAH..
(Bob lokman, 2010)

Sunday, May 16, 2010

kesempurnaan?

Setiap insan nyata jauh dari kesempurnaan. Tapi itu lah yg mereka buru. Genggam sepuluh jari jitu. Ramas semangat padu. Namun akhir semua buntu. Kau bukan dungu dan kau x harus mengalah dah duduk berteleku. Kesempurnaan adalah hampir mustahil. Takkan mungkin hampir pada hati-hati jahil. Jika kau terus memburu, kekecewaan pasti memanggil. Kesempurnaan hanya hadir pada hati yg penuh syukur. Hati yg jauh dari kufur. Kecacatan bagi seseorang mungkin kesempurnaan bg yg lain dan sebaliknya. Sedarlah hai teman, jgn kau buru kesempurnaan tika kau jauh dari syukur. Ubah penerimaan, jauhkan angan-angan, intai teladan, pasang impian. Tiada yg sempurna di dunia. Sedarlah hai teman, bangunlah hai kasih, dengarlah hai sahabat..

Tuesday, April 6, 2010

rongak hati

ku cuba singkap di sebalik kelopak,
mencari titis embun yg terletak,
titis yg belum berderai biarpun retak,
untuk ku tuam hati yang menggelegak.

ku anyam gundah syair menjadi ceria seloka,
ku hirup nafas lega ku hela nafas duka,
andai ku semai benih prasangka,
kelak kan tuai hasil petaka.

tidak aku rakus merungkai,
bak kawanan dubuk kerumun bangkai,
aku berdoa dengan hati cuai,
agar jemari jujur hadir membelai.

Tuesday, March 30, 2010

Kiriman Anakanda.





Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui,
Mungkin aku lalai dengan apa yg terhidang di atas dunia fana,
Aku hampir lemas dalam lubuk kufur,
Salah memilih lorong tanpa hirau mereka yang mendorong,

Di mata aku mungkin yang merah itu delima
Yang manis ditelan oleh siapa sahaja,
Namun aku lupa,
Yang merah itu juga saga,
Yang tiada siapa tahu apa gunanya,
Aku akur dengan dugaanNya,

Mungkin ini ujian padaku sebagai hambaNya,
Nikmat sempurna hampir aku salah guna,
Sebelum direntap segalanya,
Harus segalanya aku pelihara semula,

Kudratku lemah untuk genggam landasan pegangan,
Kerap aku tergelincir,
Namun hati jahil menyalahkan lukisan takdir,
Mungkin aku hebat merencana,
Tapi jelas aku hina dalam melaksana,

Menjunjung kasih pada Ayah dan Bonda,
Membimbing aku tanpa pernah alpa,
Dari aku mula bertatih,
Tika aku suka tika aku sedih,
Tiada pernah mereka merintih,
Walau ku kerap membuat mereka perih.


Terima kasih Ayah Bonda.
Lautan maaf dari anakanda.













Tuesday, March 2, 2010

Kelopak Hati

Nyata kau lah kelopak itu,

Penyingkir noktah segala buntu,

Tembok pelindung segala pilu,

Irama merdu yang menyulami laguku,

Haruman kasih yang kutagih hidu,

Mengurai ikatan resah yang membelengu,

Menyelongkar rindu yang kian lama berkubu,

Kupetik kau dari kuntum yang hampir layu,

Tiada hirau kelopak lain yang gugur bersama salju.