Monday, February 7, 2011

keladak nenggiri

dayung kembara buru gelora,
bibir monggel siul seloka,
angkuh serama hasilnya cela,
segan bertanya hasilnya sia.

bukan cabul cuti sempena,
bukan niat alam diduga,
kaum halus datang menyapa,
gugur kasta cicir takhta.

luas ilmu tiada dirupa,
kudung telunjuk tunding dada,
laras nasihat peluru jenaka,
suluh semula aku siapa.





1 comment: